Jenis Pinjaman Senarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia

Sebutan dan erti masih sama dengan asalnya

  • abad, abadi, abah, abdi, adat, adil, amal, aljabar, almanak, awal, akhir
  • bakhil, baligh, batil, barakah
  • daftar, hikayat, ilmu, insan, hikmah, halal, haram,
  • khas, khianat, khidmat, khitan, kiamat
  • musyawarah, markas, mistar, mahkamah, musibah, mungkar, maut
  • kitab, kuliah, kursi, kertas, nisbah, nafas
  • syariat, ulama, wajib, ziarah.

Sebutan berubah, erti masih sama

  • berkah, barakat, atau berkat dari perkataan "barakah"
  • darjat dari perkataan "darajah"
  • khabar dari perkataan "khabar"
  • lafaz dari perkataan "lafazh"
  • zalim dari perkataan "zhalim"
  • makalah dari perkataan "maqalah"
  • masalah dari perkataan "mas-alah"
  • mungkin dari perkataan "mumkin"
  • rasmi dari perkataan "rasmiy"
  • soal dari perkataan "su'aal"
  • rezeki dari perkataan "rizq"
  • Sakarat dari perkataan "Sakkarat"
  • Nama-nama hari dalam seminggu : Ahad ("Al Ahadu"), Isnin (Al Ithnaini"), Selasa (Ath-Thulasa"), Rabu ("Al-Arbi'a"), Khamis ("Al Khamis"), Jumaat ("Al Jumu'ah'") dan Sabtu ("As Sabtu")

Sebutan dan erti berubah dari sebutan dan erti semula

  • "keparat" dalam bahasa Melayu merupakan perkataan maki yang kira-kira bersepadan dengan perkataan sialan, berasal dari perkataan "kafarat" yang dalam bahasa Arab bererti tebusan atau denda.
  • "loghat" dalam bahasa Melayu bermakna dialek, berasal dari perkataan "lughah" yang bermakna bahasa.
  • "naskah" dari perkataan "nuskhatun" yang bermakna secarik kertas.
  • "perlu", berasal dari perkataan "fardhu" yang bermakna harus.
  • "petua" dalam bahasa Melayu bermakna nasihat, berasal dari perkataan "fatwa" yang bermakna pendapat hukum.


Sebutan sebenar, ertinya berubah

  • ahli
  • "kalimat" dalam bahasa Melayu bermakna rangkaian kata-kata, berasal dari bahasa Arab yang bermakna kata.
  • siasat
  • Hakim dalam Bahasa Melayu bermakana pegawai yang dilantik untuk mengadili sesuatu perbicaraan di mahkamah, berasal dari bahasa Arab yang bermakana Bijaksana